Sunday, August 14, 2016

Si gemok

Dia tak tau berapa banyak kawan aku hilang lately dan dia adalah yang paling berharga sekali.

Dia tak tau masa dia cilok side dish aku tadi dan habiskan air aku, aku senyum teringat saat pertama kami kongsi botol air masa latihan pancaragam.

Dia tak tau masa dia buka cerita pasal sorang lagi kawan yang dah sakitkan hati aku, batin aku menjerit-jerit nak bercerita dengan dia macam selalu.

Dia tak tau dia boleh baca fikiran aku masa dia gelakkan aku sebab aku salah pilih lagu yang menyakiti hati kesayangan aku.

Atau sebenarnya dia tahu, dia tahu semua itu dan dia rasa semuanya sama macam aku rasa. Sebab dia kawan baik aku, yang chemistry-nya tak pernah luput, dari 2005 sampai, insyaAllah, selamanya.

No comments: